Jambatan baharu siap 90 peratus, diberi nama Wan Jamilah

Iklan
Jambatan baharu menggantikan titi gantung berusia 24 tahun yang runtuh pada 1 Januari lalu di Kampung Chatel Damai, Lata Rek, Kuala Krai.

KUALA KRAI - Jambatan baharu menggantikan titi gantung berusia 24 tahun yang runtuh pada 1 Januari lalu di Kampung Chatel Damai, Lata Rek di sini telah siap 90 peratus dan dijangka boleh digunakan sepenuhnya seminggu sebelum Aidilfitri.

Tinjauan Sinar Harian di lokasi mendapati kerja-kerja penurapan jalan serta mengecat jambatan sedang giat dilakukan.

Iklan
Iklan

Wakil penduduk, Wan Syukri Wan Isa, 54, berkata, jambatan tersebut akan diberi nama sempena anak perempuannya, Wan Jamilah yang merupakan pengantin pada hari kejadian.

"Saya rasa terharu juga apabila pihak berkenaan minta letak nama pada jambatan ini. Kata mereka nama tersebut bagi memperingati peristiwa yang telah berlaku.

Iklan

"Jadi saya rasa nama Wan Jamilah sesuai kerana ia berlaku pada hari perkahwinannya," katanya.

Menurutnya, melihat jambatan baharu itu memberikan rasa gembira kepada semua penduduk kampung di sini yang sudah lama mengidamkan kemudahan tersebut.

Iklan

Ujarnya, mereka sudah memaklumkan kepada anak-anak perantau tentang perkara tersebut dan rata-rata menyuarakan rasa tidak sabar untuk pulang menyambut Aidilfitri nanti.

"Jambatan baharu sepanjang 35 meter itu hanya boleh dilalui kenderaan ringan serta pikap sahaja. Lori kami tidak benarkan," katanya.

Wan Syukri di hadapan jambatan baharu yang siap 90 peratus.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan penduduk di Kampung Chatel Damai, Lata Rek di sini melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas keprihatinan serta meluluskan peruntukan segera membina sebuah jambatan bagi menggantikan titi gantung berusia 24 tahun yang runtuh pada 1 Januari lalu.

Jambatan baharu sepanjang 35 meter itu dianggarkan menelan belanja RM200,000 dimana ia bukan sahaja boleh dilalui pejalan kaki dan motosikal malah boleh juga dilalui kereta, pacuan empat roda serta trak pikap.

Sebelum ini suasana meriah kenduri perkahwinan bertukar menjadi detik mencemaskan apabila sebuah titi gantung runtuh secara tiba-tiba, menyebabkan lebih 50 tetamu terjatuh ke dalam Sungai Chatel Damai, Lata Rek, Kuala Krai pada 1 Januari.

Kejadian kira-kira jam 2 petang itu telah menyebabkan seorang lelaki patah kaki akibat terjatuh di atas batu, manakala kanak-kanak cedera di bahagian kepala serta tiga lagi alami luka ringan serta sesak nafas.

Pada 2 Januari, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan penggantian segera titi gantung yang runtuh di Sungai Chatel Damai, Lata Rek, Kuala Krai demi keselamatan dan kemudahan rakyat.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, arahan agar peruntukan disediakan bagi menggantikan jambatan berkenaan telah dikeluarkan