ISTANBUL - Presiden Iran berkata pada Sabtu, negaranya akan menghentikan serangan terhadap negara jiran melainkan serangan dilancarkan terhadap Iran dari wilayah mereka, lapor Anadolu Ajansi, memetik Press TV yang dikendalikan kerajaan.
"Majlis pimpinan sementara mengumumkan semalam bahawa tidak akan ada lagi serangan ke atas negara jiran dan tiada pelancaran peluru berpandu melainkan serangan berasal dari negara-negara tersebut terhadap Iran,” kata Masoud Pezeshkian dalam ucapan di televisyen kepada rakyat Iran.