LEBIH 100 menu berbuka puasa menjadi taruhan WEIL Hotel yang berpangkalan di Ipoh Perak, sempena Ramadan kali ini.
Bertemakan Sajian Seribu Rasa, para pengunjung dapat merasai pelbagai aneka hidangan melalui stesen langsung serta sajian istimewa sempena perayaan.
Antara hidangan eksklusif yang disajikan termasuklah Kaki Lembu Al-Barakah, ayam tandori bersalut keju dan pasta roda keju gergasi.
Turut dihidangkan ialah ulam-ulaman, lebih 10 jenis kerabu, sambal serta hidangan sampingan tradisional sebagai pembuka selera dan hidangan utama pula menampilkan pelbagai makanan berlauk termasuk ikan masak tiga rasa, kambing masak kicap dan ketam masak cili Thai.
Untuk pencuci mulut, pelbagai kuih-muih tradisional disajikan kepada pengunjung selain kunafa, Panna Cotta Mangga, coklat pancuran, pai berkrim kelapa dan banyak lagi.
Sebagai pilihan tambahan, sushi dan pelbagai jenis sup seperti sup pedas masam Szechuan dan sup cendawan turut disediakan di samping lebih 15 pilihan minuman.
Bufet Ramadan Sajian Seribu Rasa boleh didapatkan bermula RM118 hingga RM158.