SEPANG - Rakyat Malaysia yang terkandas di Timur Tengah susulan ketegangan geopolitik di rantau itu, selamat tiba di tanah air dengan perasaan syukur selepas beberapa penerbangan dibatalkan.
Mereka pulang menerusi penerbangan Emirates EK342 dari Dubai yang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 jam 9.40 pada Khamis. - Foto Bernama