Perang Hizbullah-Israel berterusan

Iklan
Keadaan kawasan pinggir selatan Beirut yang musnah dibedil Zionis pada Selasa. - Foto AFP

BEIRUT - Pejuang Hizbullah tidak menghiraukan larangan aktiviti ketenteraan yang dikeluarkan pemerintah Lubnan selepas ia bertindak membedil tiga pangkalan tentera Israel pada Selasa.

Serangan itu dilancarkan sebagai respons terhadap kempen pengeboman bertubi-tubi yang menyasarkan kubu kuat kumpulan proksi pro-Iran tersebut selama dua hari berturut-turut.

Iklan
Iklan

Israel berterusan menyerang kawasan selatan Beirut selepas ia mengeluarkan arahan pemindahan paksa yang telah menyaksikan kira-kira 29,000 penduduk hilang tempat tinggal sejak Isnin.

Perang ganas kini merebak ke Lubnan selepas Pasukan Pertahanan Israel (IDF) menempatkan askar mereka di beberapa lokasi di bawah operasi 'pertahanan hadapan' di sepanjang sempadan.

Iklan

Menteri Pertahanan, Israel Katz juga sewenang-wenangnya membenarkan kemaraan rejim Zionis dan merampas kawalan di kedudukan strategik tambahan di Lubnan.

Ketegangan kian memuncak selepas Israel yang melakukan tindakan provokasi terlebih dahulu dengan melancarkan serangan berskala besar ke atas markas Hizbullah. - AFP

Iklan