Pasangan kekasih dicekup khalwat, makan mi segera siang hari dalam bilik hotel
Iklan
Penguat kuasa JAINJ cekup pasangan yang berkhalwat dalam serbuan di sebuah bilik hotel di Johor Bahru.
JOHOR BAHRU – [DIKEMAS KINI] Sepasang kekasih berusia lingkungan 20-an dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) ketika berdua-duaan di sebuah bilik hotel.
JAINJ dalam kenyataan memaklumkan serbuan dilakukan di sebuah bilik hotel yang terletak di daerah ini, pada kira-kira jam 3 petang, Isnin.
Iklan
Iklan
"Pintu diketuk dan dibuka 5 minit kemudian oleh seorang lelaki yang berseluar panjang dan t-shirt. Penguat kuasa masuk ke bilik dan mendapati bilik terang dalam keadaan televisyen dan penghawa dingin terpasang.
"Penguat kuasa terus membuat pemeriksaan di tandas yang pintunya tidak berkunci dan menemui seorang wanita sedang berdiri mengadap pintu sebelum meminta wanita itu keluar. Dia memakai seluar panjang dan t-shirt lengan panjang.
Iklan
"Pemeriksaan lanjut mendapati katil berkecah dengan selimut gebor sudah bergumpal dan cadar renyuk. Dua kain basahan pula sudah lencun. Pemeriksaan dalam almari menemui pakaian dalam wanita," jelas kenyataan tersebut.
JAINJ memaklumkan, ditemui mi segera yang sudah dimakan separuh dan air kotak besar yang tinggal sedikit di atas meja.
Iklan
Apabila ditanya, kedua-duanya mengaku tidak berpuasa dan makan, sementara hasil soal siasat pasangan berkenaan memberitahu mereka hanya berdua-duaan dan bukan suami isteri.
Kedua-dua pasangan yang berusia 20-an dan masih bujang itu bekerja di Johor Bahru.
"Apabila ditanya kenapa mereka sewa hotel, mereka jawab ada perkara yang hendak dibincangkan. Mereka juga adalah pasangan kekasih dan ada hasrat untuk bernikah.
"Pasangan ini mengambil kesempatan menyewa bilik hotel berdua untuk berseronok-seronok tidak kira di bulan puasa. Mereka melepaskan rindu dan tidak menyangka ditangkap kerana tidak tahu Penguatkuasa juga membuat pemeriksaan di hotel siang hari," kata JAINJ.
JAINJ berkata, penguat kuasa menasihatkan mereka supaya cepat nikah dan mengadakan majlis alar kadar sahaja untuk menghalalkan hubungan.
Pasangan itu kemudian ditahan mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Johor) 1997 atas kesalahan berkhalwat dan akan didakwa di Mahkamah Syariah.
Program ternakan arnab di bawah inisiatif Sejati Madani di Kampung Sungai Muda yang bermula dengan hanya 50 ekor arnab dua tahun lalu, kini berkembang kepada 600 ekor, sekali gus membuka peluang kepada golongan asnaf menjana pendapatan, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Sungai Muda, Mohd Adli Othman berkata, projek itu menerima geran Sejati Madani berjumlah RM100,000 daripada Jabatan Perdana Menteri pada 2024.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/786841/edisi/johor/projek-ternakan-arnab-bantu-tingkat-taraf-hidup-asnaf
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.