Sekurang-kurangnya 555 terkorban di Iran akibat serangan Isreal-AS - Bulan Sabit Merah

Iklan
Persatuan Bulan Sabit Merah Iran memaklumkan sekurangnya-kurangnya 555 orang terkorban setakat ini akibat serangan bersama Israel dan AS - Foto: Agensi

TEHERAN - Persatuan Bulan Sabit Merah Iran memaklumkan sekurangnya-kurangnya 555 orang terkorban setakat ini akibat serangan bersama Israel dan Amerika Syarikat (AS), menurut agensi berita Fars pada Isnin, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Dalam satu kenyataan, pertubuhan bantuan itu berkata lebih 100,000 petugas penyelamat telah dikerahkan ke seluruh negara, dengan lebih 130 wilayah dilaporkan terjejas akibat peperangan berkenaan.

Iklan
Iklan

Sejak Sabtu, Israel dan AS mengesahkan telah menggempur beratus-ratus sasaran di seluruh Iran, termasuk tapak pelancaran peluru berpandu, kemudahan yang dikaitkan dengan program nuklear Iran, ibu pejabat tentera, serta barisan kepimpinan kanan politik negara itu.

Ibu negara, Teheran sekali lagi menjadi sasaran pengeboman hebat pada Ahad. Pemimpin Agung Iran, Ali Khamenei, dilaporkan terkorban dalam serangan pada Sabtu. - Bernama

Iklan

 

 

Iklan