Sumbat PATI dalam Alza, lelaki tempatan antara 10 ditahan

Iklan
Migran warga Indonesia yang ditahan pada Isnin.

SABAK BERNAM - Pergerakan mencurigakan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sebuah stesen minyak di Jalan Besar Sabak Bernam-Klang di sini membongkar kegiatan penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) pada Isnin.

Penahanan itu dilaksanakan Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor kira-kira jam 6.30 pagi.

Iklan
Iklan

Difahamkan, kenderaan terbabit dalam perjalanan ke sebuah rumah penampungan di Meru, Klang yang diuruskan oleh seorang lelaki warga Indonesia dikenali sebagai 'Pak Haji'.

Serbuan itu menahan seorang lelaki tempatan yang disyaki tekong darat dan juga pemandu Perodua Alza terbabit, selain sembilan migran warga Indonesia terdiri daripada enam lelaki dan tiga wanita.

Iklan

Semakan awal mendapati kesemua migran terbabit gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.

Migran warga Indonesia yang ditahan pada Isnin.

Iklan

Siasatan awal polis mendapati kesemua migran tersebut masuk ke Malaysia dengan menaiki bot pam-pam melalui laluan yang tidak diwartakan.

Sinar Harian difahamkan warga asing terbabit perlu membayar sekitar RM1,500 hingga RM1,600 secara tunai kepada tekong bot sebelum berlepas dan mendarat di kawasan persisiran Pantai Remis, Perak.

Polis merampas Perodua Alza beserta kunci serta dua telefon bimbit.

Kesemua tangkapan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam untuk siasatan mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM) serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63," ujarnya.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan tangkapan tersebut.