SHAH ALAM - Polis masih menunggu laporan forensik digital berhubung kes kecurian membabitkan 12 anggota dan pegawai polis sehingga menyebabkan kerugian kira-kira RM200,000 dalam bentuk mata wang kripto.
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, pihaknya juga masih menunggu arahan daripada Penasihat Undang-Undang Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kertas siasatan telah dirujuk untuk diteliti.