Isu binaan haram: Polis akan panggil Arun
Iklan
Shazeli (kiri) bersama Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol (kanan) selepas sidang akhbar di IPD Shah Alam pada Isnin.
SHAH ALAM - Polis akan memanggil individu dikenali sebagai Arun Dorasamy susulan laporan yang dibuat terhadapnya berkaitan isu kuil di Rawang.
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, setakat ini polis menerima lapan laporan yang dibuat oleh pelbagai individu terhadap Arun.
Iklan
Iklan
"Laporan itu berkenaan ketidakpuasan hati berkaitan kenyataan yang dibuat oleh individu itu (Arun).
"Kita sedang menjalankan siasatan dan kes dirujuk sebagai ROR (refer other report), iaitu merujuk kepada kes awal melibatkan isu kuil terbabit," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sini pada Isnin.
Iklan
Mengulas mengenai perobohan binaan haram di atas tanah milik penuh Yayasan Kubra itu, Shazeli berkata, terdapat satu laporan diterima pihaknya daripada pengurusan kuil.
Pada 25 Februari lalu, Sinar Harian melaporkan lapan laporan berkenaan terhadap Arun yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan berhubung isu kuil di Rawang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak oleh wakil badan bukan kerajaan (NGO).
Iklan
Peguam Yayasan Kubra, Muhammad Hariz Md Yusoff dilaporkan berkata, tindakan itu diambil susulan dakwaan bahawa kenyataan individu berkenaan berunsur perkauman dan agama sehingga mencetuskan kegusaran awam.
Jelas Muhammad Hariz, Yayasan Kubra selaku pemilik berdaftar tanah berkenaan menegaskan isu yang timbul adalah berkaitan pencerobohan tanah yang didakwa telah berlaku sejak sekian lama dan bukannya melibatkan unsur perkauman atau keagamaan.
Dalam kes berlainan, Shazeli berkata, pihaknya masih menunggu laporan forensik digital berhubung siasatan terhadap 12 anggota dan pegawai polis yang disyaki terbabit dalam kes samun membabitkan kerugian kira-kira RM200,000 dalam bentuk mata wang kripto daripada sekumpulan warga China pada Februari lalu.
Katanya, kesemua anggota dan pegawai terbabit telah direhatkan daripada menjalankan tugas aktif.
"Kami masih menunggu arahan lanjut daripada penasihat undang-undang Polis Diraja Malaysia (PDRM)," ujarnya.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.
Tertuduh berusia 43 tahun itu membuat pengakuan berkenaan selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Zamir Suhaimee.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/770047/berita/semasa/pengawal-keselamatan-mengaku-bersalah-amang-seksual-rogol-dan-liwat-anak-usia-6-tahun
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Jom sertai World #QuranHour 2026 bertemakan Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia.
Daftar di sini untuk pendaftaran fizikal ke Lokasi Perdana:
https://ezy.la/WQH2026
atau daftar di sini untuk Lokasi Hotspot:
https://ezy.la/HOTSPOTWQH2026