Video hina Islam rakaman lama, berlaku di Singapura
Iklan
Tangkap layar warga Singapura dipercayai terlibat dalam video tular lama hina agama Islam sebenarnya berlaku pada 2024. Foto: Ihsan MCMC
CYBERJAYA - Video tular yang memaparkan kandungan berunsur penghinaan terhadap agama Islam termasuk perbuatan memijak al-Quran adalah rakaman lama bertarikh 2024 yang berlaku di Singapura.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam kenyataan memaklumkan, tindakan sedang diambil setelah menerima aduan daripada orang awam berhubung kandungan yang dimuat naik semula sehingga mencetuskan kegusaran serta ketegangan dalam kalangan masyarakat.
Iklan
Iklan
"Berdasarkan siasatan awal, dipercayai individu yang terlibat merupakan seorang warga Singapura dan insiden tersebut juga dipercayai berlaku di Singapura.
"Sehubungan itu, MCMC sedang bekerjasama dengan pihak platform media sosial terlibat, khususnya Threads, Facebook dan TikTok, bagi memastikan tindakan sewajarnya dapat diambil termasuk menyekat penyebaran serta akses terhadap kandungan berkenaan di Malaysia," katanya di sini pada Isnin.
Iklan
MCMC menegaskan bahawa sebarang penyebaran kandungan yang menyentuh sensitiviti agama serta berpotensi menggugat keharmonian masyarakat majmuk negara ini merupakan satu perbuatan tidak bertanggungjawab dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.
"Orang ramai dinasihatkan agar tidak memuat naik, berkongsi atau menyebarkan semula kandungan tersebut.
Iklan
"Sebarang maklumat berkaitan boleh disalurkan kepada MCMC melalui pautan https://aduan.mcmc.gov.my atau kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut," kata kenyataan itu.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Pengawal keselamatan mengaku bersalah amang seksual, rogol dan liwat anak usia 6 tahun"><meta itemprop="description" content="Seorang pengawal keselamatan mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Isnin atas 13 pertuduhan melakukan jenayah seksual terhadap anak perempuannya berusia enam tahun pada Januari dan Februari lalu.
Tertuduh berusia 43 tahun itu membuat pengakuan berkenaan selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Zamir Suhaimee.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/770047/berita/semasa/pengawal-keselamatan-mengaku-bersalah-amang-seksual-rogol-dan-liwat-anak-usia-6-tahun
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Jom sertai World #QuranHour 2026 bertemakan Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia.
Daftar di sini untuk pendaftaran fizikal ke Lokasi Perdana:
https://ezy.la/WQH2026
atau daftar di sini untuk Lokasi Hotspot:
https://ezy.la/HOTSPOTWQH2026
World #QuranHour #SurahAlMuzzammil #QumiLayl #BangkitMalam"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-03-02T06:07:06.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/a960U1ffIaA5ewJ2D/x120"><meta itemprop="duration" content="P108S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=xa10h7i"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="xa10h7i"></script>