Beratus kapal terkandas berhampiran Selat Hormuz

Iklan
Selat Hormuz. - Agensi

TEHERAN - Beratus-ratus kapal terkandas di kedua-dua belah Selat Hormuz, berdasarkan data pengesanan kapal dari platform MarineTraffic.

Sekurang-kurangnya 150 kapal tangki, termasuk minyak mentah dan kapal gas asli cecair, telah berlabuh di perairan Teluk terbuka di luar Selat Hormuz.

Iklan
Iklan

Kapal tangki itu berkumpul di perairan terbuka di luar pantai pengeluar minyak utama Teluk, termasuk Iraq dan Arab Saudi, serta gergasi LNG Qatar.

Berpuluh-puluh lagi tidak bergerak di bahagian yang paling sempit selat itu. Perkara itu berlaku selepas serangan Amerika Syarikat dan Israel ke atas Iran yang menjerumuskan rantau itu ke dalam perang baharu.

Iklan

Terdahulu Agensi Operasi Perdagangan Maritim United Kingdom (UKMTO) turut memaklumkan bahawa ia menerima beberapa laporan daripada kapal yang beroperasi di Teluk yang menyatakan mereka menerima mesej mengenai penutupan Selat Hormuz.

Bagaimanapun, tiada pengesahan segera daripada Iran setakat ini.

Iklan

Selat itu merupakan laluan eksport minyak paling penting di dunia dan menghubungkan pengeluar utama minyak di rantau Teluk seperti Arab Saudi, Iran, Iraq dan Emiriah Arab Bersatu dengan Teluk Oman serta Laut Arab. - Agensi