ABU DHABI - Abu Dhabi Airports pada Ahad memaklumkan bahawa satu insiden berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Zayed, Abu Dhabi, mengakibatkan seorang maut dan tujuh cedera, lapor Xinhua.
Dalam satu hantaran di platform media sosial X, pengendali lapangan terbang itu mengesahkan bahawa mangsa yang meninggal dunia adalah seorang warga Asia, manakala mereka yang cedera menerima bantuan perubatan.