TEMPOH berpuasa Ramadan 2026 berbeza-beza di setiap negara. Perbezaan ini dipengaruhi oleh kedudukan geografi serta tempoh siang di setiap lokasi.
Umat Islam di seluruh dunia menunaikan ibadah puasa dari terbit fajar sehingga terbenam matahari. Tempoh ini boleh menjadi lebih panjang atau lebih singkat bergantung kepada kedudukan negara berkenaan serta musim yang sedang berlaku.
Lima lokasi tempoh puasa paling lama (Hari Pertama Ramadan 2026)
1-Christchurch, New Zealand – (15 jam 22 minit)
Tempoh terpanjang dicatatkan di bandar ini susulan waktu siang yang masih panjang di Hemisfera Selatan.
2-Puerto Montt, Chile – (15 jam 13 minit)
Terletak di selatan Chile, bandar ini turut mengalami siang lebih panjang.
3-Canberra, Australia – (14 jam 48 minit)
Ibu negara Australia ini mencatat hampir 15 jam tempoh berpuasa.
4-Montevideo, Uruguay – (14 jam 42 minit)
Ibu negara Uruguay turut berada dalam kelompok teratas tempoh puasa terpanjang.
5-Buenos Aires, Argentina – (14 jam 42 minit)
Bandar raya utama Argentina ini mencatat tempoh yang hampir sama dengan Montevideo.
Lima Lokasi Tempoh Puasa Paling Pendek (Hari Pertama Ramadan 2026)
1-Paris, Perancis – (11 jam 33 minit)
Antara tempoh terpendek di Eropah Barat pada tahun ini.
2-Nuuk, Greenland – (11 jam 42 minit)
Kedudukan berhampiran Artik menyebabkan waktu siang lebih singkat.
3-Reykjavik, Iceland – (11 jam 42 minit)
Ibu negara Iceland mencatat tempoh hampir sama dengan Nuuk.
4-Moscow, Rusia – (11 jam 44 minit)
Bandar besar di Eropah Timur ini menikmati tempoh siang yang lebih pendek pada awal Ramadan.
5-Helsinki, Finland – (11 jam 44 minit)
Lokasi di utara Eropah menjadikan tempoh puasanya antara yang paling singkat.