Sultan Nazrin terima bayaran zakat lebih RM5.4 juta

Iklan
Sultan Nazrin (kanan) menyerahkan zakat kepada Mohd Annuar sempena Majlis Penyerahan Zakat dan Berbuka Puasa di Istana Iskandariah, Bukit Chandan pada Sabtu.

KUALA KANGSAR – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima bayaran zakat berjumlah RM5.41 juta daripada lapan syarikat korporat dan dua individu dalam Majlis Penyerahan Zakat dan Berbuka Puasa di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, di sini pada Sabtu.

Penyerahan zakat didahului oleh Datuk Abdullah Abdul Mannan yang menunaikan zakat pendapatan berjumlah RM1 juta.

Iklan
Iklan

Ia disusuli sumbangan zakat daripada Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) berjumlah RM364,852.56 yang diwakili Presidennya, Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah.

Turut menyerahkan zakat perniagaan ialah Belati yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Johawaki, Mohamad Akmal Johari berjumlah RM380,000 serta Boustead Plantations Berhad yang diwakili Pengarah Urusannya, Datuk Zulkarnain Md Eusope berjumlah RM434,000.

Iklan

Selain itu, CelcomDigi Berhad melalui wakilnya, Farizad Khan Msm Mohamed Ali menyerahkan zakat sebanyak RM107,000 manakala Johawaki Plantation Sdn Bhd diwakili Abdul Hadi Abdul Rahim menyumbang RM150,800.

Lembaga Jurukur Tanah Malaysia turut menunaikan zakat perniagaan berjumlah RM250,000 melalui wakilnya Mohd Riza Halim diikuti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebanyak RM200,000 yang diwakili Ketua Pegawai Operasinya, Mastura Mohd Khalid.

Iklan

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal pula menunaikan zakat pendapatan berjumlah RM2.3 juta, manakala TM Technology Services Sdn Bhd menerusi wakilnya Sallehuddin Khalif menyerahkan zakat perniagaan sebanyak RM230,536.

Pada majlis sama, baginda berkenan menyerahkan zakat kepada Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk), Tan Sri Mohd Annuar Zaini.

Hadir sama, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil dan Ketua Pengarang Sinar Harian, Zamri Rambli.

Majlis tersebut dianjurkan Zakat Perak Al Ridzuan (ZAPAR) sebagai sebahagian usaha memperkasa kutipan zakat bagi pembangunan ummah di negeri ini.