KUALA LUMPUR - Malaysia Airlines mengesahkan bahawa penerbangannya, MH160 dari Kuala Lumpur ke Doha (KUL-DOH) dan MH156 dari Kuala Lumpur ke Jeddah (KUL-JED) pada 27 Februari lalu telah berpatah balik ke Kuala Lumpur dan dilencongkan ke Chennai.
Menurut syarikat penerbangan itu dalam kenyataan pada Sabtu, tindakan itu diambil susulan makluman semasa penerbangan mengenai peningkatan risiko ruang udara dan dilaksanakan selaras dengan protokol lencongan kawasan konflik yang telah ditetapkan.