47 klien PUSPEN positif dadah: Pegawai AADK bawa masuk dadah sudah ditukar

Iklan
RUSLIN

KAJANG – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah mengambil tindakan pertukaran serta dalan proses tatatertib terhadap pegawainya yang terlibat berhubung kes 47 klien di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Serdang, Kedah positif dadah jenis methamphetamine.

Ketua Pengarah AADK, Datuk Ruslin Jusoh berkata, proses tindakan tatatertib selaras dengan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Tatakelakuan dan Tatatertib) 1993.

Iklan
Iklan

Menurutnya, selain itu, AADK turut melaksanakan pemeriksaan dan ujian saringan air kencing secara mengejut di seluruh PUSPEN bagi memastikan persekitaran pusat pemulihan bebas daripada penyalahgunaan dadah.

"AADK juga akan menyusuli tindakan berdasarkan syor-syor penambahbaikan daripada Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) bagi memperkukuh sistem kawal selia, memantapkan prosedur operasi standard (SOP) serta memperkasa kepatuhan integriti di semua fasiliti AADK khususnya di PUSPEN," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Pada Khamis, EAIC melaporkan hasil siasatan berkenaan kes terbabit yang dijalankan selaras dengan subseksyen 27(4) Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700].

EAIC dalam kenyataan berkata, hasil siasatan mendapati terdapat pelanggaran arahan berhubung larangan membawa masuk bahan terlarang ke dalam PUSPEN yang dilakukan oleh pegawai sewaktu bertugas.

Iklan

Berikutan itu, Ruslin menegaskan AADK memandang serius hasil siasatan dan laporan tersebut di mana wujudnya salah laku kakitangan AADK di PUSPEN.

Kata beliau, AADK menegaskan sama sekali tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati bersalah terlibat dengan pelanggaran integriti, mahu pun undang-undang negara.