Mengaku muat naik hantaran hina Islam, pelajar universiti tampil mohon maaf

Iklan
Permohonan maaf melalui akaun Threads dipercayai milik pelajar terbabit.

KUANTAN - Seorang pelajar sebuah universiti di sini tampil memohon maaf secara terbuka selepas memuat naik hantaran berunsur penghinaan terhadap Islam dan Rasulullah di media sosialnya.

Pelajar terbabit yang kini ditahan polis, mengakui perbuatannya itu merupakan kesilapan besar kerana tidak menghormati kesucian agama Islam.

Iklan
Iklan

“Saya ingin memohon maaf dengan sepenuh hati atas gambar yang saya muat naik sebelum ini yang melibatkan al-Quran.

“Perbuatan saya adalah salah, tidak beradab dan sangat tidak menghormati. Tiada alasan yang boleh membenarkan tindakan saya,” katanya melalui hantaran yang dimuat naik pada Selasa.

Iklan

Menerusi hantaran tersebut, dia mengakui bertindak dalam keadaan marah dan dipengaruhi perasaan dendam.

Katanya, ketika itu dia tidak berada dalam keadaan fikiran yang waras dan tenang sehingga membiarkan emosi menguasai diri serta melakukan sesuatu yang sangat dikesali.

Iklan

“Saya sedar al-Quran ialah kitab suci yang sangat dihormati dan dimuliakan oleh umat Islam. Ia bukan sekadar sebuah buku, tetapi wahyu dan pedoman hidup yang wajib dihormati. Tindakan saya langsung tidak mencerminkan kematangan dan rasa hormat.

“Saya bertanggungjawab sepenuhnya atas kesilapan ini dan tidak menyalahkan sesiapa. Walau apa pun keadaan atau emosi saya ketika itu, saya sepatutnya mengawal diri dan bertindak dengan lebih bijak,” katanya.

Dia turut memohon maaf atas perbuatannya itu selain memaklumkan telah memadamkan hantaran tersebut dan tidak akan mengulanginya lagi.