Tujuh maut dalam nahas pesawat Medevac di timur India

Iklan
Tujuh orang maut apabila sebuah pesawat kecil terhempas di timur India pada Isnin malam. Gambar hiasan

NEW DELHI - Tujuh orang maut apabila sebuah pesawat kecil terhempas di timur India pada Isnin malam.

Ia terhempas berhampiran Simaria di daerah Chatra, Jharkhand.

Iklan
Iklan

Menurut Direktorat Am Penerbangan Awam India (DGCA), pesawat pemindahan perubatan (Medevac) yang membawa tujuh individu termasuk dua kru berlepas dari Lapangan Terbang Ranchi di negeri Jharkhand menuju ke Delhi pada jam 7.11 malam.

Selepas berhubung dengan kawalan trafik udara Kolkata, pesawat itu meminta lencongan laluan berikutan keadaan cuaca.

Iklan

".. pada 19:34 (jam), ia terputus komunikasi dan hubungan radar kira-kira 100 batu nautika di tenggara bandar Varanasi,” menurut DGCA.

Pesawat jenis Beechcraft C90 itu dikendalikan oleh pengendali perkhidmatan perubatan udara dan sewa khas yang berpangkalan di Delhi, Redbird Airways.

Iklan

Seorang pegawai kanan daerah berkata tiada mangsa yang terselamat dalam nahas itu. - Bernama