Dua pelajar diarah bayar pampasan lebih RM120,000 selepas bantu wanita jatuh basikal

Iklan
Tangkap layar video CCTV menunjukkan dua pelajar berkenaan sedang membantu mangsa yang terjatuh dari basikal. Foto: Agensi

PUTIAN – Tindakan murni dua pelajar sekolah menengah rendah membantu seorang wanita terjatuh daripada basikal bertukar menjadi isu undang-undang apabila mereka didakwa sebahagiannya bersalah dan dituntut membayar pampasan kira-kira RM124,285 (220,000 yuan).

Menurut laporan Lianhe Zaobao, insiden itu dilaporkan berlaku pada 19 Februari 2026 di Putian, China.

Iklan
Iklan

Wanita berkenaan mendakwa dia terjatuh akibat terkejut ketika melalui kawasan tersebut.

Polis trafik turut memutuskan bahawa kedua-dua pelajar terbabit mempunyai tanggungjawab sebahagian dalam kejadian itu.

Iklan

Rakaman video di YouTube menerusi saluran CHUCHU Channel menunjukkan wanita tersebut terjatuh ketika berbasikal melepasi sebuah kereta putih.

Menurut laporan, ibu kepada salah seorang pelajar dikenali sebagai Zheng mendakwa wanita itu hilang keseimbangan ketika cuba mengelak kenderaan berkenaan.

Iklan

Selepas kejadian itu, anak perempuan Zheng bersama seorang lagi pelajar perempuan melalui lokasi tersebut sebelum tampil membantu mangsa.

Rakaman menunjukkan kedua-dua pelajar berkenaan melangkah ke hadapan untuk memberikan bantuan.

Seorang pelajar membantu wanita itu seketika sebelum rakannya mengangkat basikal yang terjatuh dan membantunya berdiri.

Bagaimanapun, portal finance.sina.cn melaporkan bahawa dalam penentuan liabiliti, tindakan anak perempuan Zheng dianggap mempunyai kesan tertentu terhadap perkembangan kemalangan tersebut.

Pelajar itu kemudiannya ditentukan sebagai 'bertanggungjawab secara sekunder' dan dikehendaki membayar pampasan dituntut.

Media melaporkan ibu bapa pelajar terbabit menyifatkan keputusan itu tidak boleh diterima serta mendakwa ia memberi tekanan kewangan dan trauma psikologi serius kepada anak mereka.

Bagaimanapun, mahkamah menerima saman tuntutan pampasan difailkan wanita itu dan kes tersebut dijadualkan untuk didengar pada pagi 26 Februari 2026.