Tenggiling jadi sasaran juadah eksotik, kepercayaan kesihatan
Iklan
Antara kes rampasan tenggiling yang direkodkan Perhilitan. Foto: Perhilitan
SHAH ALAM - Kepercayaan berkaitan kesihatan selain sasaran hidangan eksotik menjadi sebab hidupan liar dilindungi iaitu tenggiling terus diburu secara haram.
Berdasarkan rekod Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), bagi tempoh tahun 2021 hingga 2025, terdapat 12 kes direkodkan melibatkan kesalahan menyimpan spesies itu.
Iklan
Iklan
Ketua Pengarah Perhilitan, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, tahun lalu, terdapat satu kes iaitu menyimpan 477 sisik tenggiling (Manis Javanica) tanpa suatu kebenaran yang sah.
Abdul Kadir
Iklan
Menurutnya, spesies tenggiling negara kerap diseludup keluar dalam bentuk hidup dan dibawa keluar melalui jalan darat ke sempadan utara untuk memenuhi permintaan pasaran Indochina.
"Bagi spesies tenggiling luar negara, Jabatan Perhilitan dengan kerjasama agensi penguatkuasaan sempadan kerap membuat rampasan sisik tenggiling di pintu masuk udara, di mana negara ini dijadikan tempat transit sebelum dihantar ke destinasi akhir.
Iklan
"Tenggiling diburu disebabkan terdapat kepercayaan mempunyai khasiat tertentu untuk kesihatan iaitu bahagian sisik digunakan sebagai ramuan dalam perubatan tradisional.
"Dagingnya pula menjadi idaman makanan eksotik yang juga dikaitkan bagi kebaikan kepada kesihatan," katanya kepada Sinar Harian.
Tenggiling menjadi sasaran pemburuan haram untuk hidangan eksotik dan kepercayaan perubatan tradisional. Foto: Perhilitan
Beliau berkata, tenggiling termasuk dalam jaringan ekologi yang melengkapkan ekosistem hutan.
Jelasnya, dengan mengetahui kelakuan spesies ini seperti tabiat pemakanan dapatlah diketahui peranannya sebagai 'jentera penggembur tanah'.
"Tabiat pemakanannya yang terdiri daripada serangga seperti semut dan anai-anai ini membantu sebagai agen kawalan perosak terutama di ladang-ladang," ujarnya.
Katanya, harga pasaran gelap tenggiling sukar untuk dijangka kerana nilainya bergantung kepada pemintaan dan penawaran, hidup atau mati, usia, jenis spesies dan pemboleh ubah lain.
"Harga seekor tenggiling hidup dianggarkan melebihi RM150 sekilogram dengan anggaran berat seekor dewasa melebihi lima kilogram. Oleh demikian harga seekor tenggiling hidup sekitar RM1,000 hingga RM2,000," ujarnya.
Tegas Abdul Kadir, pihaknya mengingatkan supaya aktiviti eksploitasi khazanah negara seperti memburu, mengumpul serta menyeludup dihentikan segera atau bakal berhadapan dengan tindakan undang-undang yang tegas.
"Semua pihak disaran untuk memainkan peranan bersama-sama dengan melaporkan sebarang jenayah berkaitan hidupan liar ke Talian Hotline Jabatan Perhilitan di 1800-88-5151 atau e-aduan melalui laman web www.wildlife.gov.my," ujarnya.
Sebelum itu, Hari Tenggiling Sedunia tahun ini disambut pada 21 Februari.
Tenggiling merupakan satu-satunya mamalia bersisik di dunia, namun kini diancam kepupusan.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah: Waris gesa siasatan dibuka semula"><meta itemprop="description" content="Waris tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah (DQI) pada 14 September 2017 lalu menggesa pihak berkuasa membuka semula kertas siasatan berhubung kemungkinan pelanggaran undang-undang dan peraturan keselamatan bangunan yang didakwa menyumbang kepada kejadian itu, lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Aminnuraliff Mohd Zoki.
Gesaan itu dibuat selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 10 Februari lalu memutuskan tuntutan sivil berkaitan kecuaian dan ketinggalan pihak-pihak yang terlibat dalam pengurusan serta pemilikan bangunan berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/796974/berita/semasa/tragedi-pusat-tahfiz-darul-quran-ittifaqiyah-waris-gesa-siasatan-dibuka-semula
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #TragediPusatTahfizQuranIttifaqiyah #warisgesasiasatandibukasemula"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-19T07:24:36.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/efgzU1ghZYq1VUK7J/x1080"><meta itemprop="duration" content="P123S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xba1w7y"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xba1w7y"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xba1w7y"></script>