Muhyiddin sahkan hadir mesyuarat tentukan pelantikan Pengerusi PN
Iklan
Muhyiddin
SHAH ALAM - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan akan hadir dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) pada Ahad ini yang akan memutuskan pelantikan pengerusi gabungan tersebut.
Muhyiddin dalam kenyataan berkata, pertemuan tersebut turut membincangkan perkara-perkara melibatkan pemerkasaan PN.
Iklan
Iklan
Beliau turut menegaskan bahawa parti itu kekal komited kepada perjuangan PN.
"Sehubungan itu, saya akan menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional pada 22 Februari ini yang akan memutuskan pelantikan Pengerusi PN serta perkara-perkara lain yang berkaitan dengan pengukuhan dan pemerkasaan Perikatan Nasional," katanya pada Sabtu.
Iklan
Muhyiddin berkata, Bersatu sedang menyusun semula bahagian dan sayap parti yang terlibat dengan peletakan jawatan ketua serta ahli jawatankuasanya.
Menurutnya, sebuah pasukan petugas khas telah ditubuhkan dan dipengerusikan bersama oleh dua Naib Presiden parti, iaitu Datuk Dr Radzi Jidin dan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bagi melaksanakan proses penyusunan berkenaan.
Iklan
"Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan bertindak sebagai sekretariat Pasukan Petugas Khas ini. Ketua-Ketua Badan Pimpinan Negeri telah diarahkan untuk mengenal pasti bahagian-bahagian yang terlibat.
"Penyusunan semula bahagian-bahagian ini akan melibatkan pemangkuan jawatan Ketua Bahagian atau pembentukan jawatankuasa bahagian yang baharu mengikut perlembagaan parti.
"Sayap-sayap parti yang terlibat dengan peletakan jawatan juga akan disusun semula melalui pemangkuan atau pembentukan jawatankuasa yang baharu," ujarnya.
Muhyiddin berkata, Bersatu mempunyai barisan pelapis dan ahli aktif di setiap bahagian yang bersedia memikul tanggungjawab untuk memperkasakan parti.
"Saya yakin ramai ahli Bersatu yang setia dengan perjuangan parti akan tampil ke hadapan untuk menggalas amanah ini," katanya.
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.