Krisis Bersatu: Bahagian Raub, Lipis bubar hari ini

Iklan
Bersatu Bahagian Raub dan Lipis mengumumkan pembubaran jawatankuasa bahagian masing-masing berkuat kuasa hari ini. - Gambar hiasan

KUANTAN - Bersatu Bahagian Raub dan Lipis mengumumkan pembubaran jawatankuasa bahagian masing-masing berkuat kuasa hari ini.

Ketua Bersatu Raub, Datuk Fakrunizam Ibrahim mendakwa keputusan itu dibuat selepas hilang kepercayaan dan hormat kepada kepimpinan parti berkenaan.

Iklan
Iklan

"Justeru secara rasmi keseluruhan jawatankuasa Bersatu Bahagian Raub terbubar hari ini,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Turut mengambil langkah sama ialah Bersatu Bahagian Lipis yang diketuai Nor Alias Ibrahim yang memaklumkan keputusan itu dicapai setelah mesyuarat khas bahagian dan cawangan sebulat suara memutuskan meletakkan jawatan kerana kecewa dengan kepimpinan presiden parti Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Iklan

"Kemelut yang berlaku berlarutan hampir setahun amat mengecewakan. Kami lihat presiden tidak berjaya kawal kemelut yang berlaku dan tidak berbuat apa-apa untuk pulihkan keadaan,” katanya.

Sebelum ini, Bersatu memecat 17 ahlinya termasuk beberapa pemimpin tertinggi merangkumi empat Ahli Parlimen dan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerana melanggar perlembagaan parti namun mereka masih berhak mengemukakan rayuan dalam tempoh 14 hari.

Iklan

Selain itu, 22 Bahagian Bersatu di seluruh negara dilaporkan telah dibubarkan susulan krisis kepimpinan parti itu. - Bernama