Noor Ainaa bangkit garang di Cincinnati

Iklan
Noor Ainaa Foto: Stadium Astro

 

PEMAIN skuasy negara, Noor Ainaa Amani Ampandi mara ke pusingan kedua Piala Cincinnati Gaynor 2026 yang berlangsung di Cincinnati, Ohio, Amerika Syarikat (AS).

Iklan
Iklan

 

Pemenang pingat emas Sukan SEA Thailand 2025 itu mempamerkan semangat juang tinggi apabila bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan pemain ranking ke-54 dunia dari Perancis, Marie Stephan, 12-14, 11-9, 11-7, 12-10 dalam aksi pusingan pertama pada Rabu.

Iklan

 

Namun, cabaran getir menanti Noor Ainaa yang juga pemain ranking ke-57 dunia apabila dijadualkan menentang pilihan utama, Georgina Kennedy dari England, hari ini.

Iklan

 

Georgina, yang menerima bye pada pusingan pertama, memiliki kelebihan psikologi dengan rekod pertemuan 2-0 memihak kepadanya.

 

Sementara itu, seorang lagi pemain negara, Rachel Arnold yang menerima bye pada aksi pembukaan, turut memulakan kempen hari ini menentang pemain Mesir, Menna Hamed pada pusingan kedua.

 

Menna melayakkan diri selepas menewaskan pemain tuan rumah, Charlotte Sze dalam perlawanan lima set yang dramatik, 9-11, 11-2, 11-9, 4-11, 11-8. — Bernama

INFO

Piala Cincinnati Gaynor 2026 merupakan Siri Jelajah Dunia Persatuan Skuasy Profesional (PSA) bertaraf perak yang menawarkan jumlah hadiah keseluruhan AS$86,250 (kira-kira RM337,582).