Wan Ahmad Fayhsal tarik rayuan notis penggantungan keahlian Bersatu
Iklan
Surat yang dikongsi Wan Ahmad Fayhsal di laman Facebook beliau pada Rabu.
SHAH ALAM – Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menarik balik permohonan rayuan terhadap notis penggantungan keahliannya dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Menerusi surat bertarikh 16 Februari 2026 yang dialamatkan kepada Pengerusi Lembaga Rayuan Bersatu, Tan Sri Azhar Harun, beliau memaklumkan tidak lagi berminat untuk meneruskan rayuan tersebut.
Iklan
Iklan
Menurutnya, penarikan semula itu merujuk kepada surat permohonan rayuan kepada Lembaga Disiplin Bersatu bertarikh 24 Disember 2025 serta prosiding rayuan yang dijalankan pada 3 Februari 2026 di Ibu Pejabat Bersatu.
Beliau berkata, keputusan itu dibuat berikutan hilangnya kepercayaan terhadap matlamat perjuangan parti berkenaan serta kelemahan dalam mengamalkan urus tadbir yang baik dan adil.
Iklan
Tambahnya, media sebelum ini turut melaporkan bahawa beliau adalah antara 17 pimpinan parti yang dipecat bersama Datuk Seri Hamzah Zainudin pada 13 Februari lalu.
Wan Ahmad Fayhsal menyifatkan tindakan tersebut sebagai usaha penyingkiran beramai-ramai yang dilakukan oleh pihak yang merasakan kedudukan mereka tergugat dengan kehadiran kumpulan terbabit dalam parti yang sama-sama dibangunkan.
Iklan
Bagaimanapun, beliau memaklumkan berasa lega dan tenang ketika membuat keputusan berkenaan.
Dalam masa sama, beliau merakamkan penghargaan kepada Azhar dan seluruh pasukan Lembaga Rayuan Bersatu atas kesediaan mendengar serta memberi ruang kepada proses keadilan dilaksanakan mengikut prinsip keadilan asasi.
Beliau turut mendoakan agar Lembaga Rayuan Bersatu terus berpegang teguh kepada prinsip sama.
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.