SHAH ALAM - Seluruh Perak, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur dan Putrajaya), Negeri Sembilan, Melaka dan Johor berdepan amaran ribut petir, hujan lebat serta angin kencang sehingga jam 5 petang ini.
Dapatan itu diperoleh daripada Facebook Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) setakat kemas kini jam 12 tengah hari, Selasa.
Iklan
Iklan
Menurut MetMalaysia juga, Gua Musang (Kelantan) serta Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman (Terengganu) turut mengalami amaran sama.
"Di Sarawak, kawasan terlibat antaranya Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu dan Kanowit), Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu) dan Kapit (Song).
"Amaran dikeluarkan sehingga jam 5 petang ini," katanya.
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.