Tiga lelaki didenda RM1,000 ingkar PKP
Iklan
Ketiga-tiga lelaki ini mengaku bersalah ingkar arahan PKP sebelum masing-masing dikenakan denda maksimum RM1,000 di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
MARANG - Tindakan tiga lelaki yang ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan keluar rumah tanpa sebarang alasan munasabah mengundang padah apabila masing-masing dikenakan hukuman denda maksimum RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda menjatuhkan hukuman terhadap Mohamad Alif Imran Mokhtar,22, Muhammad Haziq Nazri,21, dan Mohamad Ruzaidi Abd Malek,24, selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan secara berasingan.
Iklan
Iklan
Mengikut pertuduhan, Mohamad Alif Imran dan Muhammad Haziq didakwa bergerak dari Pasir Gudang, Johor manakala Mohamad Ruzaidi pula didakwa bergerak dari Kampung Tok Dir, Kuala Terengganu ke tempat parkir, Pasar Binjai Rendah, Bukit Payung di sini kira-kira jam 7 petang pada 29 Mac lalu.
Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut kesalahan di bawah Peraturan 3 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) 2020 dan boleh dihukum di bawah Peraturan 7, Peraturan yang sama.
Iklan
Jika disabitkan kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, M Lishantini manakala kesemua mereka tidak diwakili peguam.
Iklan
Mahkamah turut mengarahkan mereka dipenjara tiga bulan sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Pengguna jalan raya dinasihatkan lebih berwaspada ketika melalui kawasan pelupusan sampah Kampung Sungai Ikan, Kuala Terengganu yang terbakar kerana jarak penglihatan di situ agak terhad, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Situasi bertambah buruk setelah kawasan tersebut dilanda hujan sekitar jam 1 tengah hari pada Sabtu menyebabkan laluan jalan raya bersebelahan kawasan kebakaran itu diselubungi asap tebal.
Tinjauan mendapati pengguna jalan raya terpaksa menyalakan lampu dan memperlahankan kenderaan ketika melalui kawasan tersebut.
Seorang peniaga, Hanisah Shafie, 48, berkata, kawasan itu diselubungi asap tebal selama hampir 20 minit sebaik ia dibasahi hujan kira-kira jam 12.50 tengah hari.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662859/Tapak-pelupusan-sampah-terbakar,-diselubungi-asap-tebal