Dua beranak sesat sempat hubungi keluarga, beritahu tak jumpa jalan keluar

Iklan
Dua beranak dipercayai tersesat ketika mencari akar kayu di hutan berhampiran kawasan rekreasi Air Panas La (La Hot Spring), Hulu Besut, Jertih sejak semalam. Gambar hiasan

JERTIH - Dua beranak dipercayai tersesat ketika mencari akar kayu di hutan berhampiran kawasan rekreasi Air Panas La (La Hot Spring), Hulu Besut, di sini sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Mohd Rozaime Ab Rahim berkata, Adam Adnan, 25, dan bapanya, Adnan Mohamad, 57, masing-masing dari Kulim dan Alor Setar, Kedah, menginap di Desa Landak Chalet, Kampung Padang Landak, di sini sebelum keluar kira-kira jam 7 pagi Khamis lepas untuk mencari akar kayu di kawasan hutan berkenaan.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, pada kira-kira jam 3.30 petang semalam, seorang daripada mereka menghubungi ahli keluarga memaklumkan mereka tersesat dan gagal menemui jalan keluar dari kawasan hutan itu.

"Kedua-dua lelaki berkenaan bagaimanapun tidak dapat dihubungi selepas panggilan tersebut, sekali gus menimbulkan kebimbangan ahli keluarga terhadap keselamatan mereka,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Iklan

Beliau berkata, susulan laporan yang diterima, operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang dijalankan dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan dibantu penduduk kampung.

Mohd Rozaime berkata, usaha mengesan kedua-dua lelaki itu diteruskan bagi membawa mereka keluar dari kawasan hutan berkenaan dengan selamat. - Bernama

Iklan