Mayat kira-kira 8,000 mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan Gaza

Iklan
Mayat kira-kira 8,000 mangsa masih berada di bawah runtuhan bangunan yang musnah di Semenanjung Gaza.

MOSCOW - Mayat kira-kira 8,000 mangsa masih berada di bawah runtuhan bangunan yang musnah di Semenanjung Gaza, dengan lebih 3,000 orang masih hilang, lapor Sputnik/RIA Novosti, memetik jurucakap Pertahanan Awam Gaza, Mahmoud Bassal.

"Kira-kira 8,000 mayat masih berada di bawah runtuhan... Nasib lebih 3,000 orang masih tidak diketahui. Kami tidak tahu sama ada mereka masih hidup, ditawan, atau telah meninggal dunia," kata Bassal dipetik oleh penyiar Al Jazeera pada Khamis.

Iklan
Iklan

Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, jumlah kematian di wilayah enklaf itu sejak 7 Okt 2023 telah melebihi 72,000 orang, dengan lebih 171,000 cedera. - Bernama/Sputnik/Ria Novosti