Ahli politik Bangladesh maut, tiga cedera bom meletup di pusat mengundi

Iklan
Mohibuzzaman Kochi rebah ketika berlaku konfrontasi antara penyokong politik yang bertelagah sekitar jam 8 pagi. - Gambar media sosial

DHAKA - Tiga orang mengalami kecederaan ringan selepas sebutir bom buatan sendiri meletup di sebuah pusat mengundi di Daerah Gopalganj, kira-kira 100 kilometer ke barat daya ibu negara Dhaka pada pagi Khamis semasa pilihan raya umum berlangsung, lapor Xinhua memetik media tempatan.

Pegawai kanan polis di Gopalganj, Md Sarwar Hossain memberitahu wartawan bahawa letupan itu berlaku kira-kira pukul 9 pagi waktu tempatan di pusat mengundi Sekolah Antarabangsa Reshma.

Iklan
Iklan

Letupan itu menyebabkan kecederaan ringan dan kesemua mangsa telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut, katanya.

"Ketenteraman dan keselamatan kini terkawal sepenuhnya dan proses pengundian diteruskan seperti biasa di pusat berkenaan," kata Hossain.

Iklan

Beliau berkata, letupan itu dipercayai bertujuan untuk mencetuskan panik dan pihak berkuasa sedang berusaha untuk mengenal pasti mereka yang bertanggungjawab.

Pegawai pengurus pusat pengundian itu, Zahirul Islam berkata, keadaan berjaya dikawal dengan pantas.

Iklan

Dalam insiden berasingan, seorang pemimpin Parti Nasionalis Bangladesh, Mohibuzzaman Kochi, meninggal dunia selepas didakwa ditolak sehingga terjatuh di sebuah lagi pusat mengundi.

Beliau dikejarkan ke hospital berdekatan sebelum disahkan meninggal dunia oleh doktor. Polis memaklumkan bahawa siasatan telah dilancarkan berhubung kejadian itu.

Pilihan raya parlimen Bangladesh bermula pagi Khamis dengan lebih 127 juta pengundi berdaftar dijangka menunaikan tanggungjawab mereka. - Bernama