KOTA KINABALU - Suspek utama warga emas yang ditahan berhubung kes pembunuhan wanita dan anggota badannya dikerat sebelum ditemui dibuang di tempat pembungan sampah di Taman Indah Permai, Sepanggar pada Khamis merupakan tunang mangsa.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintenden Syed Lot Syed Ab Rahman berkata, siasatan awal mendapati hubungan antara suspek utama dan mangsa yang berusia 40-an adalah sebagai tunang.