KOTA KINABALU - Dua beranak ditahan disyaki ada kaitan dengan pembunuhan seorang wanita yang mayatnya dikerat beberapa bahagian sebelum ditemui di tempat pembuangan sampai di Taman Indah Permai, Sepanggar di sini pada Khamis.
Difahamkan, tangkapan melibatkan seorang lelaki berusia 70-an manakala anak lelakinya berusia 20-an dalam operasi yang dilaksanakan pasukan polis.