Kemalangan bas ekspres, dua lori: Seorang maut, 7 termasuk kanak-kanak cedera

Iklan
Seorang lelaki maut, manakala tujuh individu termasuk satu kanak-kanak perempuan cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dan dua buah lori di Kilometer 433 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan pada Khamis.

HULU SELANGOR - Seorang lelaki maut, manakala tujuh individu termasuk satu kanak-kanak perempuan cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dan dua buah lori di Kilometer 433 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan pada Khamis.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan insiden itu pada jam 5.12 pagi.

Iklan
Iklan

"Seramai 16 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Sentosa serta bantuan BBP Rawang bergegas ke lokasi kejadian yang jaraknya sejauh 8 kilometer," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Ahmad Mukhlis berkata, setibanya di lokasi sembilan minit kemudian, pihaknya mendapati kemalangan melibatkan sebuah bas ekspres, sebuah lori 10 tan jenis bonded dan sebuah treler.

Iklan

"Pemandu lori bonded disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

"Seorang lelaki yang juga kelindan lori berkenaan mengalami patah tulang rusuk dibawa oleh pihak ambulans KKM Sungai Buloh," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Iklan

Ahmad Mukhlis berkata, seramai 14 lelaki, lima wanita, tujuh kanak-kanak dan dua pemandu berada di dalam bas berkenaan ketika kejadian berlaku.

"Pemandu bas, seorang lelaki berusia 39 tahun, didapati tersepit dan mengalami cedera parah di kepala dan kaki sebelum berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba pada jam 6.05 pagi.

"Tiga penumpang lelaki cedera ringan, manakala seorang kanak-kanak perempuan mengalami pendarahan pada hidung dalam keadaan sedar, mereka telah diserahkan kepada ambulans KKM," katanya.

Beliau berkata, seorang lelaki yang menaiki treler didapati tidak tersepit dan mengalami kecederaan pada belakang tengkuk telah menolak untuk dibawa ke hospital oleh ambulans.