RAWANG – Penceramah bebas, Farid Abu Auliya dihukum penjara 10 hari oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat di sini pada Rabu, selepas gagal melunaskan hutang perkahwinan berjumlah RM120,000 kepada bekas isteri ketiganya, sejak 2023.
Dia yang juga penghutang atau nama sebenar Faridul Firdaus Zaulkapli, 40, dikenakan hukuman itu selepas Hakim Syarie, Mohd Faizal Habib menolak semua alasan yang dinyatakan di mahkamah.