Lebuhraya Senai-Desaru akan jadi empat lorong sepenuhnya - Ahmad Maslan

Iklan
Ahmad mengadakan lawatan kerja di tapak projek menaik taraf Lebuhraya Senai-Desaru Ekspresway.

KOTA TINGGI - Kerajaan memberi jaminan usaha menaik taraf Lebuhraya Senai Desaru (SDE) kepada empat lorong akan dilakukan bagi melancarkan aliran trafik.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, setakat ini, projek menaik taraf Lebuhraya SDE daripada dua lorong kepada empat lorong dari Jambatan Sungai Johor hingga ke Sungai Semencu yang sedang dilaksanakan telah mencapai kemajuan sebanyak 55 peratus.

Iklan
Iklan

"Kita berharap agar ada sambungan sekarang ini (naik taraf) dari Sungai Johor ke betul-betul sebelum jambatan Sungai Semencu dan mungkin ada berita baik kemudian biarlah menteri umumkan.

"Saya harap dan kita rakyat Johor sangat berharap agar lebuh raya ini betul-betul sampai ke penghujungnya memiliki jalan empat lorong," katanya selepas melakukan lawatan kerja di tapak projek menaik taraf Lebuhraya Senai-Desaru Ekspresway.

Iklan

Ahmad berkata, usaha itu sudah pasti memberikan kesan yang baik kepada SDE dan juga kawasan Desaru sebagai salah sebuah pusat pelancongan Johor.

Menurutnya, projek berkenaan memang menjadi keutamaan kerajaan selain projek pembesaran empat lorong kepada enam lorong dari Senai Utara dan juga menyelesaikan segala permasalahan dalam bandaraya Johor Bahru.

Iklan

"Pada masa ini sebanyak 15,000 kenderaan melalui lebuhraya SDE dalam sehari dan kita harap bila semuanya jadi empat lorong, kenderaan akan bertambah lagi," katanya.