ISTANBUL - Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh manakala beberapa lagi cedera dalam letupan berasingan di selatan dan barat daya Iran, lapor media tempatan pada Sabtu, menurut Anadolu Ajansi yang memetik Agensi Berita Mehr.
Jabatan Bomba dan Perkhidmatan Keselamatan Perbandaran Ahvaz memaklumkan bahawa letupan berlaku di sebuah kompleks kediaman empat unit di kawasan kejiranan Kianshahr, Ahvaz di barat daya Iran yang meragut nyawa empat mangsa.