'Ramai pecah lutut, hidung angkara jalan runtuh'

Iklan
Gambar tular yang memaparkan keadaan sebuah kenderaan pacuan empat roda terlibat dalam kemalangan dan terbalik angkara tanah runtuh.

TONGOD - Tanah runtuh yang didakwa berlaku sejak tahun lalu dan tidak dibaik pulih menjadi punca pengguna jalan raya berdepan isu keselamatan, termasuk terlibat dalam kemalangan, seperti yang tular di media sosial sejak Jumaat.

Dalam hantaran yang tular di Facebook, pemilik akaun berkenaan mendakwa bahawa tahun lalu beberapa mangsa telah terjatuh di kawasan tanah runtuh itu sehingga mengalami kecederaan, sekali gus menimbulkan persoalan terhadap pihak bertanggungjawab.

Iklan
Iklan

"Tahun lepas ada beberapa mangsa yang jatuh di sini pecah lutut, yang satu pecah hidung. Apa tindakan pihak berwajib hanya tambah papan tanda 'AWAS' dan tarik riben (pita penghadang) saja.

Tanah runtuh yang didakwa berlaku sejak tahun lalu dan tidak dibaik pulih menjadi punca pengguna jalan raya berdepan isu keselamatan.

Iklan

"Hari ini, 30 Januari 2026 ada lagi mangsa yang terjatuh di jalan yang runtuh ini. Sudah dua tahun kalau tidak salah jalan ini runtuh tapi belum dibaik pulih, tak kan tunggu ada mangsa yang meninggal baru kamu mahu buat," katanya dalam hantaran tersebut.

Beliau turut menulis harapan agar wakil rakyat sama ada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen tampil bersuara kepada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR).

Iklan

"Kepada YB DUN dan YB Parlimen, tolong-tolong dulu bangunkan JKR manalah tahu masih tidur. Jangan tuding jari kepada Persekutuan dan negeri kalau mahu bantu rakyat, sudah jadi kawankan, jadi sama-samalah buat kerja," katanya.

Hantaran tersebut turut disertakan gambar dan video yang memaparkan keadaan sebuah kenderaan pacuan empat roda terlibat dalam kemalangan dan terbalik di kawasan berkenaan.

Difahamkan, kawasan tanah runtuh tersebut di kawasan Tongod menghala ke Penangah.