Individu luar dipercayai cuba sebar semula ajaran Ahmadi Religion
Iklan
Antara poster yang didakwa mempromosikan semula ajaran sesat Ahmadi Religion dikesan di Muar baru-baru ini. - Foto tular
JOHOR BAHRU – Individu dari luar Johor dipercayai menjadi dalang penyebaran semula ajaran Ahmadi Religion yang telah difatwakan sesat di negeri ini.
Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), Yusree Ikhsan berkata, hasil siasatan pihaknya mendapati usaha membawa masuk ajaran berkenaan dilakukan oleh pihak luar dan tidak membabitkan penduduk tempatan.
Iklan
Iklan
“Penyebaran poster berkaitan ajaran sesat berkenaan mula dikesan oleh Majlis Perbandaran Muar (MPM) apabila ia digantung di beberapa lokasi tumpuan awam di bandar Muar, baru-baru ini.
“MPM mengambil tindakan menurunkan poster berkenaan pada Jumaat lalu atas kesalahan menggantung bahan tanpa kebenaran sebelum perkara itu dirujuk kepada JAINJ,” katanya ketika dihubungi di sini.
Iklan
Beliau berkata, hasil semakan pihak berkuasa mendapati bahan-bahan berkenaan mempromosikan ajaran Ahmadi Religion yang telah difatwakan sesat sebelum ini.
Setakat ini, katanya, tiada sebarang tangkapan dilakukan, namun pemantauan akan diteruskan bagi memastikan perkara itu tidak berulang.
Iklan
“Meskipun kegiatan itu masih terkawal, umat Islam diingatkan agar tidak terpengaruh dengan mana-mana ajaran yang menyimpang daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang diamalkan di negeri ini,” katanya.
Berdasarkan rekod, tahun lalu seorang pengikut ajaran berkenaan di Pontian telah didakwa di mahkamah dan dijatuhi hukuman denda RM6,000 serta penjara tiga bulan atas tiga pertuduhan menyimpan bahan berkaitan ajaran sesat berkenaan.
Terdahulu, tular gambar poster dan kain rentang yang mempromosikan semula ajaran sesat itu selepas dikesan dipasang di beberapa lokasi tumpuan ramai di Muar pada Jumaat.
Bagaimanapun, pihak berkuasa dengan bantuan polis telah bertindak menurunkan semua kain rentang berkenaan.
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.