HARGA runcit diesel di Semenanjung Malaysia meningkat sebanyak empat sen kepada RM2.92 seliter manakala harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter bagi tempoh 29 Jan hingga 4 Februari ini.
Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini turut memaklumkan bahawa harga runcit petrol RON97 dan RON95 masing-masing kekal pada RM3.10 dan RM2.54 seliter bagi tempoh sama.