'Sultan' didenda RM1,000 buang putung rokok merata-rata

Iklan
Sultan (kiri) didenda RM1,000 dan diperintah menjalani khidmat masyarakat oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru.

JOHOR BAHRU - Seorang operator pengeluaran warga Bangladesh dikenakan denda RM1,000 dan diperintah menjalani khidmat masyarakat selepas mengaku bersalah membuang puntung rokok di tempat awam di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu.

Orang Kena Saman (OKS), Sultan Mad, 28, dijatahi hukuman itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan dalam bahasa Bengali di hadapan Hakim Datuk Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim.

Iklan
Iklan

Lelaki warga asing itu juga diperintahkan untuk melakukan khidmat masyarakat selama enam jam dengan tempoh dua jam sehari dan perlu dilaksanakan tidak lebih daripada enam bulan.

Mahkamah turut memerintahkan OKS dipenjara sebulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Iklan

Berdasarkan kertas pertuduhan, OKS didakwa membuang sisa pepejal iaitu puntung rokok di tempat awam dan bukan di dalam bekas yang diperuntukkan bagi maksud membuang sisa pepejal berkenaan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Jalan Ibrahim Sultan, Stulang Laut, di sini, pukul 1.27 pagi, pada 1 Januari lalu.

Iklan

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 77A(1) Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) dan sebagai tambahan boleh dikenakan suatu perintah khidmat masyarakat di bawah subseksyen 77B(1) akta sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman denda sehingga RM2,000 dan sebagai tambahan suatu perintah khidmat masyarakat maksimum 12 jam, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Rubiah Maulud manakala tertuduh tidak diwakili peguam.