El Khawarizmi Education saman 10 pihak termasuk portal berita

Iklan
El-Khawarizmi Education memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap 10 pihak antaranya bapa kepada murid Tahun Satu sekolah itu dengan dakwaan fitnah berkaitan isu buli pada tahun lalu.

KUALA LUMPUR – Sebuah syarikat yang mengedalikan institusi pendidikan Islam swasta memfailkan saman di Mahkamah Tinggi di sini terhadap 10 pihak antaranya bapa kepada murid Tahun Satu sekolah itu dengan dakwaan fitnah berkaitan isu buli pada tahun lalu.

El Khawarizmi Education Sdn Bhd selaku plaintif memfailkan saman berkenaan menerusi Tetuan Muizzuddin pada 22 Januari lalu.

Iklan
Iklan

Plaintif menamakan seorang bapa kepada salah seorang murid di sekolah tersebut sebagai defendan pertama dan empat syarikat portal berita sebagai defendan kedua hingga kelima.

Sementara defenda keenam hingga ke-10 adalah lima wartawan yang bertugas di portal berita tersebut.

Iklan

Berdasarkan pernyataan tuntutan diperoleh media, plaintif menuntut perisytiharan mahkamah bahawa semua defendan telah memfitnah syarikat itu, sama ada secara bersama atau berasingan.

Plaintif turut memohon satu perintah supaya defendan-defendan menerbitkan permohonan maaf serta penarikan balik kenyataan itu di semua platform dalam talian dan media sosial milik masing-masing.

Iklan

Selain itu, plaintif yang mengendalikan institusi pendidikan antaranya pra-sekolah dan sekolah rendah Islam, menuntut ganti rugi am, teladan dan teruk daripada semua defendan.

Berdasarkan latar belakang kes, pada 24 Julai tahun lalu, plaintif mendakwa, defendan pertama telah mengambil anaknya dalam keadaan normal dan sihat.

Pada jam 7.08 malam pada hari yang sama, salah seorang guru di sekolah plaintif menerima mesej daripada isteri defendan pertama mendakwa bahagian sulit anak mereka mengalami pendarahan.

Dia menyatakan kanak-kanak tersebut ditendang oleh seorang murid lain daripada kelas yang sama.

Anak tersebut kemudiannya perlu menjalani prosedur pembedahan melibatkan pembuangan kulup, di sebuah hospital.

Satu perjumpaan dibuat antara keluarga mangsa, pihak sekolah dan beberapa pihak lain.

Pada 29 Julai 2025, berdasarkan siasatan dalaman, plaintif membuat kesimpulan bahawa tiada bukti berlakunya perbuatan buli dan tiada kecuaian oleh mana-mana guru sekolah.

Siasatan plaintif selanjutnya mendedahkan bahawa, defendan pertama mempunyai tunggakan yuran sekolah maka, anaknya tidak dilindungi di bawah polisi insurans Takaful sekolah.

Bagaimanapun antara 9 dan 10 September 2025, plaintif memberitahu defendan pertama telah menyebabkan kenyataan memfitnah diterbitkan di platform dalam talian, antaranya mengandungi, perkataan memfitnah seperti pembuli tidak dikenakan tindakan.

Tindakan itu sekali gus menjatuhkan reputasi sekolah tersebut.