SHAH ALAM - Kawasan hutan seluas kira-kira dua hektar berhampiran Plaza Tol Denai Alam, Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) di sini terbakar pada Isnin.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 12.58 tengah hari sebelum lapan orang pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jelutong dikerah ke tempat kejadian.