Pam Kemubu 4 mula operasi bulan depan
Iklan
Khalid (dua dari kanan) mendengar keterangan berkait Sistem Pam Kemubu 4.
KOTA BHARU – Sistem Pam Kemubu 4 yang baharu dibangunkan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) melepasi ujian awal pada Ahad dan dijangka beroperasi awal bulan depan bagi menangani masalah pengairan sawah padi negeri ini, terutama pada musim kemarau.
Pengerusi KADA, Khalid Abdul Samad berkata, ujian yang dijalankan bertujuan menilai operasi asas sistem berkenaan sebelum operasi sepenuhnya bermula.
Iklan
Iklan
Menurut beliau, Sistem Pam Kemubu 4 mempunyai lapan pam utama yang mampu beroperasi serentak, selain disokong empat pam tambahan di Lemal, Pasir Mas, sekali gus memberikan kapasiti bekalan air mencukupi untuk keperluan semasa lebih 4,000 pesawah.
“Ini bukan ujian penuh, namun secara keseluruhan kami berpuas hati dengan prestasi awal.
Iklan
“Apabila semua pam beroperasi sepenuhnya, kami yakin sistem ini dapat menangani masalah bekalan air pesawah, khususnya ketika musim kemarau,” katanya selepas melihat ujian sistem pam berkenaan di Stesen Pam Kemubu di sini pada Ahad.
Sistem Pam Kemubu 4 yang siap dibina.
Iklan
Turut hadir, Exco Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi negeri Kelantan, Datuk Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail.
Khalid berkata, projek Pam Kemubu 4 dilaksanakan dalam dua pakej utama bernilai RM20 juta dan direka dengan mengambil kira faktor kelestarian, termasuk mengurangkan risiko hakisan tebing sungai serta memastikan aliran air lebih stabil ke kawasan sawah.
Jelasnya, masalah bekalan air di Kelantan bukan berpunca daripada kekurangan sumber air sungai, sebaliknya melibatkan keupayaan sistem untuk menarik dan menyalurkan air mengikut keperluan sebenar di peringkat bendang.
“Setiap sistem akan beroperasi mengikut fasa penanaman padi dan ada masa air disalurkan dalam jumlah besar.
“Pam baharu ini dijangka memberi manfaat dan kelegaan kepada pesawah di kawasan Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, gabungan Sistem Pam Kemubu 2, 3 dan 4 mampu membekalkan air melebihi keperluan semasa, malah hampir dua kali ganda daripada kapasiti yang diperlukan.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Perarakan jentolak sempena Merdeka, gegar suasana kampung"><meta itemprop="description" content="Perarakan jentolak sempena Merdeka, gegar suasana kampung
Deruman enjin jentera berat menggegarkan suasana kampung apabila 10 jentolak, dua lori dan beberapa kenderaan pacuan empat roda menyertai perarakan sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-69 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chetok pada Isnin, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Perarakan sejauh kira-kira 300 meter itu mencuri perhatian penduduk apabila deretan jentera yang lazimnya digunakan di kawasan perlombongan pasir tampil memeriahkan sambutan kemerdekaan bersama masyarakat setempat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794247/edisi/kelantan/perarakan-jentolak-sempena-merdeka-gegar-suasana-kampung
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #HariKebangsaan #Perarakan #Jentolak #PasirMas"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-31T06:48:40.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P131S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb2njc6"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb2njc6"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb2njc6"></script>
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Akhbar 69 tahun catat sejarah kemerdekaan masih disimpan, pernah ditawar RM20,000"><meta itemprop="description" content="Akhbar 69 tahun catat sejarah kemerdekaan masih disimpan, pernah ditawar RM20,000
Naskhah akhbar lama berusia 69 tahun yang merekodkan detik bersejarah pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu pada 1957 masih disimpan rapi sebuah keluarga di Kampung Kekabu, Lemal, Pasir Mas meskipun pernah ditawar RM20,000 beberapa tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Naskhah The Sunday Times bertarikh 1 September 1957, iaitu sehari selepas pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu, kini berada dalam simpanan Noorulhuda Ibrahim, 44, selepas suaminya, Mohd Tarmizi Ismail meninggal dunia akibat sakit buah pinggang pada Ogos 2023.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794108/edisi/kelantan/akhbar-69-tahun-catat-sejarah-kemerdekaan-masih-disimpan-pernah-ditawar-rm20000
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Arkib #Akhbar #Sejarah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-30T10:09:05.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb2d7na"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb2d7na"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb2d7na"></script>