Pengeluaran padi KADA melonjak, sumbang 9.5 peratus beras negara

Iklan
Khalid (dua dari kiri) menyampaikan anugerah pada Majlis Amanat Tahun Baharu KADA di Ibu Pejabat KADA, Kota Bharu pada Ahad.

KOTA BHARU – Pengeluaran padi di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) meningkat kepada 199,238 tan metrik pada tahun 202  sekali gus menyumbang 9.5 peratus kepada bekalan beras putih negara.

Pengerusi KADA, Khalid Abdul Samad berkata, pencapaian itu menunjukkan lonjakan ketara berbanding 143,773 tan metrik pada 2024, yang hanya menyumbang 7.4 peratus kepada pengeluaran beras negara.

Iklan
Iklan

“Ia membuktikan keberkesanan pendekatan pengurusan pertanian yang dilaksanakan oleh KADA.

“Peningkatan ini adalah hasil daripada pengurusan tanaman yang lebih sistematik, penggunaan input pertanian secara lebih efisien serta penambahbaikan infrastruktur pengairan dan saliran,” katanya dalam sidang akhbar pada Ahad.

Iklan

Terdahulu, beliau merasmikan Majlis Amanat Tahun Baharu KADA di Ibu Pejabat KADA, di sini.

Menurut Khalid, prestasi cemerlang ini membuktikan keupayaan KADA memperkukuh peranan strategiknya dalam menjamin bekalan beras negara, terutama ketika sektor pertanian berdepan cabaran perubahan iklim dan ketidaktentuan pasaran global.

Iklan

Selain pengeluaran padi, sektor bukan padi di bawah seliaan KADA turut menunjukkan kejayaan apabila seramai 426 usahawan tani berjaya dilahirkan sepanjang 2025, menerusi peruntukan keseluruhan berjumlah RM73.78 juta.

Ujarnya, pelbagai program di bawah Bahagian Industri Makanan dan Asas Tani bukan sahaja berjaya meningkatkan kapasiti pengeluaran makanan, malah turut mengubah taraf hidup serta pendapatan kumpulan sasar.

Dalam perkembangan lain, Khalid memaklumkan bahawa bagi memperkukuh pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), KADA menerima peruntukan RM317 juta untuk melaksanakan 19 projek pembangunan, termasuk 18 projek baharu dan satu projek sambungan.

“Peruntukan ini dirangka secara strategik untuk memperkukuh rantaian makanan negara dan meningkatkan daya tahan sistem makanan, bagi menghadapi ketidaktentuan global, perubahan iklim dan tekanan geopolitik.

“Usaha berterusan KADA ini adalah antara komponen penting bagi memastikan sekuriti makanan negara, khususnya bekalan beras sebagai makanan ruji rakyat, terus terpelihara,” katanya.