Tema 'vitality oriental' hiasi Aman Central sempena Tahun Baharu Cina

Iklan
Chia Zhen (empat kiri) mengaul yee sang bersama barisan tetamu jemputan pada majlis perasmian pembukaan 'vitality oriental' di ruang Central Atrium Aman Central di Alor Setar pada Jumaat.

AMAN Central sekali lagi menjadi tumpuan apabila tampil dengan dekorasi istimewa sempena sambutan Tahun Baharu Cina menerusi tema 'vitality oriental' yang menghiasi ruang Central Atrium bermula 16 Januari hingga 22 Februari ini.

Dekorasi berkenaan mengetengahkan gabungan estetika klasik Cina dan elemen reka bentuk kontemporari, sekali gus mewujudkan suasana perayaan yang sarat dengan simbol tenaga, kemajuan, kekuatan dan ketahanan bersempena Tahun Kuda.

Iklan
Iklan

Menurut Penolong Pengurus Pemasaran dan Komunikasi Aman Central, Ken Chin, konsep yang dibawakan pada tahun ini bukan sekadar menumpukan keindahan visual, sebaliknya bertujuan mewujudkan pengalaman perayaan yang dapat dirasai oleh pengunjung.

“Pada tahun ini, kami mahu mencipta dekorasi perayaan yang melangkaui aspek visual, iaitu sebuah ruang yang membolehkan pengunjung merasai tenaga perayaan, berkongsi kegembiraan bersama keluarga dan rakan-rakan serta meraikan semangat Tahun Baharu Cina secara bersama,” katanya pada Jumaat.

Iklan

Chia Zhen (empat kiri) mengaul yee sang bersama barisan tetamu jemputan pada majlis perasmian pembukaan 'vitality oriental' di ruang Central Atrium Aman Central di Alor Setar pada Jumaat.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis perasmian pembukaan 'vitality oriental' di ruang Central Atrium Aman Central di sini.

Iklan

Majlis dirasmikan oleh Exco Sumber Manusia, Masyarakat Cina, India dan Siam serta badan bukan kerajaan Negeri Kedah, Wong Chia Zhen.

Hadir sama Pengurus Besar Aman Central, Brian Ho; Penolong Pengurus Pemasaran dan Komunikasi Aman Central; Pengurus Operasi Kanan Aman Central, Gan Poh Hin dan Pengurus Akaun Kanan Aman Central, Shirley Khoo.

Jelas Ken, di tengah-tengah ruang pameran, sebuah struktur tumpuan berbentuk bulat menjadi elemen utama, dihiasi tanglung, kipas hiasan, corak kisi tradisional serta gubahan bunga yang melambangkan kekayaan, keberkatan dan kemakmuran bagi tahun mendatang.

Menurutnya, dari pintu masuk utama pula, pengunjung disambut dengan aliran sungai berkilauan yang melambangkan kejayaan dan kesinambungan tuah, lengkap dengan jambatan yang boleh dilalui sebagai simbol perjalanan menuju masa depan yang makmur.

"Keindahan dekorasi ini turut diperkukuhkan dengan fabrik satin merah yang mengalir anggun merentasi aras tingkat, selain gerbang istiadat bercahaya merah yang membawa suasana seperti perkampungan perayaan tradisional.

"Susun atur tersebut bukan sahaja menggalakkan pengunjung meneroka setiap sudut, malah menyediakan pelbagai lokasi bergambar yang menarik,"ujarnya.

Tambahnya, menerusi tema 'vitality oriental', Aman Central berhasrat menghubungkan pengunjung bukan sahaja secara visual, malah dari segi emosi.