Mubasyyir sasar terbangkan 5,000 jemaah umrah pada 2026

Iklan
INTAN (enam dari kanan) bergambar bersama staf Mubasyyir selepas sidang akhbar di pejabatnya di Shah Alam pada Selasa.

SYARIKAT pengendali umrah, Mubasyyir Travel & Tours (Mubasyyir) menyasarkan seramai 5,000 jemaah umrah diterbangkan pada tahun 2026 khususnya bagi mereka dalam kalangan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40).

Pengarah Urusan Mubasyyir, Datin Seri Intan Abdul Hamid berkata, syarikat yang ditubuhkan pada 2023 dan berlesen di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) itu kini telah bersedia untuk melangkah ke hadapan.

Iklan
Iklan

“Dalam tempoh singkat, kami telah berkembang secara konsisten hasil kepercayaan orang ramai terhadap disiplin operasi yang kami amalkan.

Turut hadir, Pengurus Besar Mubasyyir, Ustaz Muhammad Salleh.

Iklan

Ujar Intan, pengukuhan operasi itu turut menjadi asas dalam usaha untuk terlibat secara rasmi dalam pengurusan ibadah haji dengan memohon lesen Pengendali Jemaah Haji (PJH) daripada Lembaga Tabung Haji bagi musim haji 2027.

INTAN

Iklan

Tambahnya, dalam masa terdekat, kira-kira 30 jemaah umrah telah dijadualkan untuk ke Tanah Suci sebagai memenuhi sebahagian daripada jadual berkala syarikat.

Ketika mengulas situasi semasa industri, Intan berkata, isu penipuan pakej umrah semakin membimbangkan pada masa kini dan ia memberi kesan besar kepada imej industri secara keseluruhan.

“Kes penipuan bukan sahaja merugikan jemaah, malah mencemarkan reputasi pengendali yang sah dan berlesan.

“Saya menasihatkan bakal jemaah agar lebih berwaspada sebelum membuat sebarang tempahan umrah dengan memastikan agensi memiliki lesen yang sah, tidak terpengaruh dengan pakej terlalu murah, menyemak rekod penerbangan yang jelas dan mengelakkan bayaran dibuat ke akaun peribadi,” katanya.