Polis tahan gelandangan bakar motosikal

Iklan
Tular sebuah rakaman video berdurasi pendek memaparkan seorang individu membakar sebuah motosikal di kawasan parkir.

KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang lelaki tempatan kerana disyaki terlibat dalam kes membakar motosikal di Pandan Mewah, dekat sini awal pagi Selasa lepas, seperti tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, tangkapan ke atas suspek yang merupakan seorang gelandangan, dibuat pada jam 9.41 malam, hari yang sama.

Iklan
Iklan

"Sebanyak enam laporan polis diterima, melibatkan pemilik kenderaan dan rumah yang terkesan dengan kebakaran berkenaan.

"Suspek seorang gelandangan, sebelum ini memang sentiasa menjadikan kawasan persekitaran di situ sebagai tempat tidurnya." katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Iklan

Khairul Anuar berkata, kes yang berlaku pada jam 4.21 pagi, 20 Januari itu disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api.

Sebelum ini, tular sebuah rakaman video berdurasi pendek memaparkan seorang individu membakar sebuah motosikal di kawasan parkir yang turut menyebabkan kerosakan kepada harta benda berhampiran. - Bernama

Iklan