Nahas Sulawesi: Terpaksa gantung mayat mangsa atas pokok

Iklan
Ancaman haiwan liar memaksa pasukan SAR mengambil langkah sedemikian. - Foto Agensi

MAKASSAR - Laluan pendakian yang sukar, cuaca buruk dan ancaman haiwan liar memaksa pasukan yang menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) menggantung mayat mangsa penumpang nahas pesawat ringan, ATR 42-500 di atas pokok di lereng Gunung Bulusaraung, Kabupaten Pangkep, Sulawesi Selatan di Indonesia.

Sehingga Isnin, operasi SAR itu telah menemukan dua jasad di jurang yang agak dalam.

Iklan
Iklan

"Proses pemindahan kedua-dua mayat itu sememangnya mencabar," kata anggota

Badan Penanggulangan Bencana Daerah (BPBD), Ade Irfan pada Selasa.

Iklan

Menurutnya, keadaan jasad mangsa kira-kira 70 peratus masih utuh meskipun ada anggota tubuh yang patah dan luka.

Jelasnya, pasukan SAR terpaksa turun semula ke pos kawalan induk akibat cuaca ekstrem hingga menyebabkan jarak penglihatan terhad.

Iklan

Kabut tebal, hujan lebat dan angin kencang pada hari keempat menyebabkan usaha pencarian lapan lagi mayat mangsa penumpang tidak dapat diteruskan. - Agensi