BARCELONA - Sebuah pesawat terpaksa mendarat cemas, gara-gara nama rangkaian tanpa wayar (WiFi) kontroversi.
Airbus A321 yang membawa 148 penumpang bersama tujuh kru itu diarahkan melakukan pendaratan di Lapangan Terbang El Prat di Barcelona, Sepanyol pada minggu lalu.
Iklan
Iklan
"Kejadian itu berlaku selepas TK1853 milik Turkish Airlines dari Istanbul menghampiri destinasi. Seorang penumpang menetapkan rangkaian WiFi tersebut dengan nama 'ancaman bom'.
"Airbus A321 itu kemudiannya diiringi dua jet pejuang termasuk milik Perancis," kata jurucakap syarikat penerbangan itu.
Pemeriksaan yang dilakukan pihak berkuasa bagaimanapun mendapati tiada bahan letupan ditemui dan tiada sebarang ancaman yang wujud. - Agensi