SYDNEY – Seorang lagi peluncur diserang jerung pada Selasa yang merupakan kejadian keempat dalam tempoh 48 jam.
Mangsa dilaporkan sedang meluncur di Pantai Tengah Utara New South Wales (NSW) apabila dia digigit jerung banteng.
"Dia bernasib baik kerana mengalami kecederaan ringan," menurut lembaga keselamatan pantai dalam satu kenyataan.
Insiden itu berlaku sehari selepas dua peluncur berdepan serangan sama di luar pantai utara Sydney.
Iklan
Salah seorang daripada mangsa dilaporkan cedera parah.
Susulan kejadian itu, kesemua pantai utara di Sydney telah ditutup sehingga diberitahu kelak.
Iklan
Sementara itu, saintis percaya hujan lebat, baru-baru ini telah menarik jerung banteng ke kawasan pantai di mana sungai mengalir ke laut. - Agensi